Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog

Published from Overblog

Posted on by Farhana_Naiema

Bendera Arab Saudi
Bendera Arab Saudi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Moga kalian berada dalam lindungan Allah dan sentiasa bahagia di samping insan yang tersayang. =)

Dalam ruangan kali ini, kami akan menyambung temubual bersama Hebba mengenai budaya masyarakat di Sudan dan Arab Saudi. Kami membincangkan perbezaan budaya antara negara kelahiran Hebba dan Malaysia. Perbincangan dimulakan dengan adat perkahwinan di negara masing-masing. Hebba menceritakan adat perkahwinan di Sudan dan Arab Saudi, pada kami, budayanya hampir sama di Malaysia yang meliputi adat pertunangan, malam berinai dan pernikahan. Namun di Sudan, pengantin lelaki juga akan memakai inai penuh di jari seperti pengantin perempuan. Berbeza dengan pengantin lelaki di Malaysia, menjadi budaya apabila pengantin lelaki hanya akan memakai inai pada tiga jari di kedua-dua belah tangan.

Seterusnya kami bertanya pada Hebba budaya pada hari perayaan Aidilfitri. Hebba lebih menggemari perayaan di Sudan kerana masyarakatnya lebih mesra dan mementingkan ziarah sesama sanak saudara berbanding masyarakat Arab Saudi yang akan tidur selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Mereka memulakan ziarah selepas solat zohor. Hebba juga menyatakan bahawa beliau lebih senang dengan masyarakat Sudan yang membuka pintu mereka untuk diziarah semasa perayaan. Namun untuk menziarahi saudara di Arab Saudi, beliau terpaksa membuat panggilan dan temujanji dahulu.

Temubual kami beralih pada budaya masyarakat Malaysia yang suka senyum kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang tidak dikenali. Namun pada Hebba, budaya itu amat bertentangan dengan budaya Arab Saudi kerana di sana, mereka tidak akan senyum pada orang yang tidak dikenali malah kaum lelaki tidak akan sesekali senyum atau bercakap pada wanita yang tidak dikenali. Jika di Malaysia, individu yang tidak suka senyum akan diangggap sombong dan sukar untuk didekati. Budaya ini menjadi jurang beza antara masyarakat Arab dan masyarakat Malaysia melayu khususnya.

Tuntasnya, pengalaman menemu mesra Hebba berjaya membuka mata kami dan meluaskan cara pandang kami terhadap dunia luar. Sesungguhnya bumi Allah itu amat luas, maka marilah kita mengambil peluang untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Hasil nukilan : Rafhana Naiema dan Nurfarhana Masri

Pelajar kursus Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa UIAM

Pensyarah bimbingan : Sir Mohd Nadzrin Wahab

Subjek : Komunikasi Antara Budaya BMCO 2101

Bendera Sudan

Bendera Sudan

Comment on this post