Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog

Menelusuri Budaya Padang Pasir

Posted on by Farhana_Naiema

Inilah Hebba =)
Inilah Hebba =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai seorang penuntut yang mengambil jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa, adalah menjadi kebiasaan bagi kami untuk berinteraksi dengan pelajar dari dalam mahupun luar negara. Subjek Komunikasi Antara Budaya menjadi medium yang amat bertepatan dalam meluaskan pengalaman kami untuk mempelajari dan mengenali budaya pelajar antarabangsa yang amat berbeza dengan budaya Melayu.

Kami menemubual Hebba, seorang penuntut sarjana muda di UIAM dalam jurusan senibina untuk merungkai perbezaan antara budaya Melayu dan Saudi Arabia atau Sudan.=)

Responden kami memperkenalkan diri beliau dengan ramah dan meminta kami untuk memanggil beliau Hebba. Beliau adalah seorang yang mudah tersenyum dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini memudahkan kami untuk menemuramah beliau tentang latar belakang, cara hidup dan perspepsi beliau sepanjang belajar di sini.

Secara umumnya Hebba menyatakan pakaian tradisional di Sudan iaitu Jalabia dan Immah bagi lelaki dan Toob bagi perempuan. Seperti Malaysia yang mempunyai kepelbagaian makanan, di tempat kelahiran Hebba juga, mereka dibesarkan dengan makanan tradisional yang dipaggil Kasrah, ia seperti 'pie' tetapi agak nipis. Terdapat juga versi yang lebih tebal dipanggil Qurassah. Namun, pada pelajar Malaysia mungkin tidak menyukai hidangan ini seperti mana mereka, masyarakat Sudan menikmatinya.

Hebba mula bercerita tentang tempat kelahiran beliau iaitu di Sudan namun kini beliau menetap di Saudi Arabia. Terdapat perbezaan yang ketara antara hidup di Sudan dan Saudi.

Bersambung...

Comment on this post